Monday, 1 June 2009

Syahwat Wanita

Anggota seksual yang merangkumi anggota sulit dan bahagian tubuh badan wanita yang merangsangkan wanita (zona erotik atau erogenous zones), sistem urat saraf yang sihat serta otak dan minda yang sihat perlu untuk menghayati tindakbalas seksual yang merangsangkan. Klimaks tercapai apabila anggota seksual itu mencapai kemuncak rangsangan. Pencapaian kemuncak berbeza untuk semua wanita dan untuk sebilangan wanita pula perasaan puas itu sudah mencukupi untuk mereka. Ada wanita yang mencapai kemuncak dengan sentuhan intim sahaja dan belum sempat suami melakukan persetubuhan penetratif.

Ada yang kemuncak dengan sentuhan kepada klitoris yang biasanya boleh berlaku sama ada klitoris tergesel tubuh suami saperti posisi wanita diatas tanpa penetrasi atau dengan sentuhan intim jari atau lidah. Ada yang mencapai kemuncak dengan sentuhan jari kedalam faraj dengan jari menyentuh dan mengesel langit faraj dibahagian kawasan G-Spot, lebih kurang 3cm dari pembukaan faraj.

Sebilangan wanita susah mencapai kemuncak dengan sentuhan penetratif kerana masih mempunyai perasaan seriau dengan aktiviti penetratif dan takut sekiranya mereka cedera atau terluka kembali (akibat pengalaman dahulu masa malam pertama!) Mereka rasa sukar untuk beri tumpuan kepada bahagian faraj ketika hubungan penetratif sedang berlaku lebih lebih lagi apabila mereka seolah olah menjaga dan mengawal kemasukkan zakar dalam faraj kerana khuatir pasangan suami hilang kawalan diri dan mendayung kuat!

Mungkin apabila perasaan seriau kepada hubungan penetratif kurang atau lesap dan wanita itu tahu cara untuk mengunakan faraj untuk berinteraksi dengan ereksi suami dengan mengemut ketika pasangan mendayung ke dalam serta mengubahkan posisi supaya bahagian farajnya terkena sentuhan yang dapat memberi rangsangan yang optima sehingga dia sampai ke kemuncak. Perasaan sebelum kemucak rangsangan faraj, bahagian G-Spot berlaku ialah macam mahu kencing! dan sudah tentu ini boleh mengelirukan wanita itu dan dia akan cuba menahannya!

Jika di biarkannya dan tidak mengawal perasaan itu dan tingkatkan lagi rangsangan, perasaan nak kencing itu dibiarkan maka dia akan mencapai klimaks dengan ejakulasi wanita yang mana cecair itu datangnya dari pepundi paraurethral yang berdekatan dengan lubang kencing (pasal itu rasa macam mahu kencing!). Jika dia dapat menikmati tindakbalas rangsangan G-Spot itu, pengalaman ini boleh digunakan untuk kemudian hari. Wanita juga boleh mencapai kemuncak kluster yang mana sebahagian besar dari anggota yang memudahkannya kemuncak, kemuncak serentak saperti klitoris, puting dan G-Spot.

No comments:

Post a Comment